Sejarah

Sejarah Masjid Pekan Kota Belud, Sabah



Sebelum adanya Masjid Pekan yang ada sekarang ini, telah pun ada masjid lama yang didirikan daripada bangunan kayu yang hanya boleh menampung seramai 500 orang jamaah sahaja. Atas kesedaran masyarakat tentang betapa perlunya ada sebuah masjid yang boleh menampung jumlah jamaah yang semakin bertambah, maka satu jawatankuasa bertindak seramai 25 orang telah dibentuk. Antara yang terlibat dalam usaha murni tersebut ialah:


Penasihat                     : Tun Said Bin Keruak
Pengerusi                     : Datuk OKK. Hj Anuar Hj. Arshad
Tim. Pengerusi            : Datuk Hj. Zamanuddin Bin Lasin
Setiausaha                   : Datuk Hj. Salleh Latun
Pen. Setiausaha           : En. Aman Shah Zakaria
Bendahari                    : Datuk Hj. Mohd. Zakaria Hj. Mahol
   
Pada peringkat awal, usaha yang dilakukan dengan memohon sumbangan daripada orang ramai. Jumlah dana yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM 1, 060, 722.90. Usaha - usaha yang dilakukan ini juga mendapat sumbangan dan sokongaan daripada pihak kerajaan negeri pada ketika itu. Masjid Pekan yang berkeluasan 0.205 hektar ini diguna secara rasmi pada tahun 1977  sewaktu solat Hari Raya Aidil Adha 1398H.
 

1 comment:

  1. Aku mo tanya.. Blogger ni masih aktif kah dan adakah blogger selalu ke Masjid Pekan KB ni?

    ReplyDelete