Untuk memastikan masjid ini sentiasa ke hadapan
dalam pengimarahan masjid sesuai dengan visi dan misi maka pihak pengurusan,
khususnya jawatankuasa sering memikirkan perkara - perkara yang boleh dilaksanakan. Antara
perancangan masa hadapan yang sedang dan akan dilakukan adalah seperti berikut
:-
1. MEMBINA
BILIK PENGINAPAN
Usaha
ini juga sebagai memenuhi tuntutan dan kepeluan semasa iaitu masjid tidak seharusnya bersifat statik tetapi proaktif. Dengan
membina bilik penginapan juga satu kaedah untuk mendekatkan jamaah kepada
masjid dan juga untuk menambah Tabung Masjid.
2. MENUBUHKAN
KOPERASI MASJID PEKAN BHD
Berdasarkan
pengalaman Lawatan Penanda Aras di Masjid Bandar Bahru Uda, penubuhan Kopersai Masjid Pekan BHD juga
menjadikan masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadat solat tetapi juga bagi memenuhi
urusan bermuamalat. Sekali gus dapat menambah tabung masjid.
3. MENGGERAK
DAN MANGAKTIFKAN PERANAN KELAB SUKARELAWAN REMAJA MASJID DAN KELAB SUKARELAWAN WARGA
EMAS
Penubuhan
KSRM dan KSWE bertujuan sebagai menarik warga emas dan golongan belia kepada
pengimarahan masjid disamping itu juga terlibat sama membantu dan pelaksanaan
aktiviti dan program yang dirancang.
No comments:
Post a Comment